Showing posts with label wuduk. Show all posts
Showing posts with label wuduk. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Ajaibnya Wuduk

Sedikit perkongsian hasil dari pembacaan dari sebuah buku 'KeranaMu Aku Berubah' karya Ruhana Zaki..

Setiap langkah dalam pekerjaan wuduk, tersirat makna tersendiri:

  • Ketika berkumur-kumur, bisikkan di dalam hati "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini." (Ini kerana mulut dan lidah adalah anggota yang paling banyak menyebabkan dosa).
  • Ketika membasuh muka, bisikkanlah "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, jangan Kau hitamkan mukaku ini." (Ini kerana, muka ahli syurga putih berseri-seri).
  • Ketika membasuh tangan kanan, bisikkan pula "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku melalui tangan kananku ini." (Ini kerana, hisab yang didapati melalui tangan kanan membuktikan husnul khatimah).
  • Ketika membasuh tangan kiri, merintihlah dengan bisikan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku melalui tangan kiriku ini." (Ini kerana pemberian hisab melalui tangan kiri bermaksud suul khatimah).
  • Ketika membasuh kepala, berbisiklah "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy-Mu." (Ini kerana terik mentari di padang Mahsyar umpama ia berada hanya sejengkal di atas kepala).
  • Ketika membasuh teling, bisikkanlah "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini." (Ini kerana telinga pernah digunakan untuk mendengar fitnah, umpat dan hasutan).
  • Ketika membasuh kaki kanan ucaplah "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi Siratul Mustaqim." (Ini kerana melintasi titian itu mudah untuk ahli syurga.
  • Ketika membasuh kaki kiri, berdoalah "Ya Allah, bawakanlah aku ke masjid, surau dan bukan tempat-tempat maksiat." (Ini kerana manusia sentiasa memerlukan petunjuk Ar-Rahman untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemurkaan.
Kemudian, bacalah doa ini dengan sepenuh hati: "Aku mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh-Nya. Ya Allah, jadikanlah diriku dari kalangan orang yang bertaubat, jadikanlah diriku dari kalangan orang yang suci dan jadikanlah dirikau dari kalangan hamba-Mu yang soleh.