Setiap langkah dalam pekerjaan wuduk, tersirat makna tersendiri:
- Ketika berkumur-kumur, bisikkan di dalam hati "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini." (Ini kerana mulut dan lidah adalah anggota yang paling banyak menyebabkan dosa).
- Ketika membasuh muka, bisikkanlah "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, jangan Kau hitamkan mukaku ini." (Ini kerana, muka ahli syurga putih berseri-seri).
- Ketika membasuh tangan kanan, bisikkan pula "Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku melalui tangan kananku ini." (Ini kerana, hisab yang didapati melalui tangan kanan membuktikan husnul khatimah).
- Ketika membasuh tangan kiri, merintihlah dengan bisikan "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku melalui tangan kiriku ini." (Ini kerana pemberian hisab melalui tangan kiri bermaksud suul khatimah).
- Ketika membasuh kepala, berbisiklah "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy-Mu." (Ini kerana terik mentari di padang Mahsyar umpama ia berada hanya sejengkal di atas kepala).
- Ketika membasuh teling, bisikkanlah "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini." (Ini kerana telinga pernah digunakan untuk mendengar fitnah, umpat dan hasutan).
- Ketika membasuh kaki kanan ucaplah "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi Siratul Mustaqim." (Ini kerana melintasi titian itu mudah untuk ahli syurga.
- Ketika membasuh kaki kiri, berdoalah "Ya Allah, bawakanlah aku ke masjid, surau dan bukan tempat-tempat maksiat." (Ini kerana manusia sentiasa memerlukan petunjuk Ar-Rahman untuk melakukan kebaikan dan menjauhi kemurkaan.
No comments:
Post a Comment