Saturday, September 21, 2013

Kereta oh Kereta

Assalamualaikum..

Jujurnya, saya tak punya anganan untuk miliki kereta yang hebat-hebat.  Maklumlah, tak banyak yang saya tahu tentang kereta.  Pada saya, asalkan boleh berfungsi dengan baik (tak rosak sana sini), memudahkan dan paling penting storage yang besar untuk saya dan famili (mak, abah dan adik2) pun dah mencukupi.

Kereta pertama saya, Myvi berwarna hijau saya beli pada tahun 2007.  Ani Nadila dan Siti Ramlah, dua sahabat yang temankan saya beli kereta ni (sb diorg dh ada pglmn beli keta).  Kenapa warna hijau? Memang ramai yang tanya.  Saya bukanlah peminat warna epal masam ini, tapi dek kerana kata-kata dua sahabat saya ('Nisa, masa kau try kereta ni kitorg tgk mmg sesuai sgt dgn kau') akhirnya saya terpengaruh.

Memang seronok bila ada kereta sendiri (wpun ms tu xde lesen..sy btol2 pkai lesen Agong haha). Pergi mana-mana assignment tak perlu keluar terlalu awal naik public transport juga tak perlu kelam-kabut nak minta tumpang photographer (sb kdg2 diorg dr asgmt lain or mungkin laluan blk pun tak sehala). Paling penting masa tu tak lagi susahkan adik-adik minta tolong hantar atau jemput.  

Cerita Myvi ni macam-macam.  Dari masalah power window, aircond dia yang dah berapa kali tukar hinggalah kemalangan.  Fuh, banyak betul dugaan dengan Myvi ni.  Beberapa kali tersangkut dalam jem dan masa itu jugalah aircond nak rosak.  Basah lencun baju nk ke assignment (kak Julie n Suzie antara mangsa2nya) terpaksa juga ditempuhi.


Si Comel Kemalangan

Kemalangan? Haa, ini lagi satu peritnya pengalaman dengan kereta comel ni.  Bukanlah tak best kereta ni (mmg jimat naik myvi n selesa gile), tapi masalah kerosakan dan kemalangan tu lah yang buat jadi tak best.  

Kali pertama kemalangan masa tu ada dengan Zaiton.  Ada makhluk Allah tu drive laju sangat sampai tak sempat brek bila sampai lampu isyarat merah betul-betul di seberang jalan ofis di Shah Alam.  Saya dilanggar di situ.  Selepas sebulan tunggu kereta tu siap di bengkel, dan cukup-cukup sebulan saya baru guna semula kereta tu, saya accident lagi pada tahun yang sama (kali ni kerosakan teruk huhu).

Kemalangan ketiga (thn yg sama juga) tidaklah teruk tapi habis calar dan kemik sedikit hampir sepanjang 'badan' Myvi di sebelah kiri (kena di hsptl ms jg abh sakit).  Tak lama selepas itu, sekali lagi kemalangan (di awl thn berikutnya pula) di lampu isyarat di kawasan Sungai Merab, Bangi.  


 Keadaan kereta yang sempat saya snap ketika berada di sebuah bengkel di Sungai Buloh. (kemalangan kedua)

 Satu lagi gambar Myvi selepas kemalangan ketika di Sungai Merab, Bangi

Walau apapun, alhamdulillah, sepanjang kejadian kemalangan-kemalangan bersama Myvi tu, tidak berlaku sebarang kecederaan.  Syukur ke hadrat Ilahi.


Sahabat Baru

Selepas enam tahun bersama Myvi, saya nekad tukar kereta.  Myvi dijual dan saya 'bersahabat' pula dengan Saga FLX (sekitar bln April).  Semalam, sambil memandu pulang menghantar CikYam ke ofis (lps pusing2 cr bju utk cover Midi), sempatlah bercerita pasal kereta dengan dia.

Lepas cerita serba sedikit pasal Myvi lama saya, dia nasihatkan saya supaya jaga kereta ni betul-betul.  Saya akui, memang saya nak jaga betul-betul (xnk la kan tmbh hutang lg).  Saya kata saya nak pakai lama kereta ni.  Jadi, nak kena la jaga betul-betul.  

Kemudian, lepas hantar CikYam ke ofis, saya terus memandu pulang ke rumah (10 minit lagi nak pukul 6.00 ptg).  Perjalanan pulang lancar di sepanjang lebuhraya NPE.  Malangnya, sampai di lampu isyarat di jalan masuk Desa Petaling, tiba-tiba terdengar bunyi hentaman yang kuat di sebelah kiri tempat duduk depan.

Mula-mula ingatkan budak motor ni langgar kereta saya, tapi saya perasan cermin kereta dah retak.  Ada satu objek kecil (sy pcaya keras dan kuat) di tangan si pembonceng.  Secepat kilat, tangannya menghentak sekali lagi cermin kereta.  Habis retak seribu.  Memang terkejut betul tapi saya cepat tersedar.  


Dirasuk

Oh!! Handbag saya kat atas tempat duduk kiri.  Baru terperasan handbag saya itulah yang merasuk budak tu (lps amik hp dlm beg n jwb call, lupa plak letak semula kt blkg/bwh seat).  Sebab saya tersedar awal, saya cepat-cepat tarik beg tu sambil terjerit (mmg terjerit sb tkjut tgk tgn bdk tu cuba nk cpai beg..malu seh mjerit sumbang camtu haha).

Bila tak berjaya samun beg, dia terus berlalu.  Kereta lain (yg bhenti kt trafic lite tu) sume mampu turunkan cermin kereta dan tengok saja.  Sungguh saya pun tak harap sesiapa bantu.  Masa tu, sempat ambil nombor plat motor (tp details lain penyamun tu sy tak teringat plak nk phatikan).  

Sebelum kejadian, ingatkan nak terus balik ke rumah tapi saya ubah fikiran.  Bila dah melopong bingkai tingkap kereta tu, takkan pula nak balik ke rumah.  Jadi saya fikir perlu terus buat laporan ke balai polis dan bermalam di rumah mak saja.  Sampai di balai, baru perasan tangan luka sikit kena serpihan cermin.  Menggigil tu, dah tentulah.


Laporan pertama dibuat di Balai Polis Sungai Besi, dan kali kedua saya diarahkan berjumpa pengawai penyiasat di Balai Polis Salak Selatan pula.  Kali kedua buat laporan tu saya ajak adik saya yang temankan dan dia lah yang pandu kereta saya tu ke sana (sy dduk blkg mcm bos sb serpihan cermin pecah tu penuh kt seat sblh).  Usai semua urusan, saya hantar adik saya balik dan terus balik ke rumah mak.  Dalam hati terfikir, memang saya dan kereta ni tak ada 'chemistry' (hehehe).


Serpihan kecil bukan kat sini saj tapi rupanya tercampak sampai ke tempat duduk saya (seat driver)

Rasanya kalau tak buat tinted ni, sekali hentak aje dah pecah cermin kereta saya.

Masih melekat lagi sebahagian besar cermin yang retak tu pada tinted. 

Moral

  • Janganlah sesekali letak atau terlupa sekalipun nak simpan beg di bawah seat depan atau belakang.
  • Bila berhenti di traffic light perhatikan juga di sekeliling.  Jangan hanya pandang di depan (lampu isyarat) tetapi perhatikan juga keadaan di kiri kanan bahagian kereta dan juga bahagian belakang.
  • Lebih baik juga kalau tak 'gigih' berebut selamatkan beg dari peragut/penyamun.  Takut-takut mereka bawa pisau.  Risiko tinggi untuk dicederakan bila mereka terdesak.
  • Biasakan juga lock kereta lebih-lebih lagi bila memandu sendirian.
  • Kalau alami perkara yang sama, sila ambil perhatian tentang beberapa perkara seperti objek yang digunakan, pakaian penyamun/peragut, bangsa, jenis dan warna kenderaan (biasanya motor), nombor plat, etc - (dalam kes saya, nombor plat yang saya ambil tak membawa makna sebab rupanya dia pakai nombor plat palsu.  Selepas diperiksa pihak polis, nombor plat tersebut adalah nombor plat kereta exora).
Sekali lagi saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan teruk atau perkara yang tidak diingini.  Moga-moga kita sentiasa terpelihara dan dilindungi Ilahi. Amin.

Wassalam..



No comments:

Post a Comment