Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Jom Selongkar Mini Library Saya

Assalamualaikum...


Lebih kurang macam inilah library idaman saya tapi dalam imaginasi saya lebih besar dan menghadap garden yang lebih cantik ekeke...

Saya memang suka membaca tapi kalau nak dibandingkan dengan orang lain, malu pula rasanya bila nak masukkan entri ni.  Iyalah, orang lain bahan bacaannya tak hanya yang tertentu macam saya.  Setelah difikirkan beberapa kali, saya kira tak mengapalah sebab "Blog ini saya yang punya. Suka hati mak jemahlah nak masukkan apa-apa pun. Ada mak kesah? hehe.." 

Lama menggodek-godek (almaklum sy bdk br bljr buat blog), baru tahu macam mana nak buat 'tab' tu.  Rupanya kena create PAGES.  Bila buat PAGES dengan tajuk BACAAN ini bukanlah  bermakna saya beria-ia nak buat sinopsis.  Ini umum je (kot2 la tiba2 nk msukkan sinopsis plak kan..tp tak mgkin jgk sb tak brp rajin nk buat sinopsis haha..)  

Untuk entri pertama ni, terasa nak masukkan pula novel-novel bersiri yang dah habis dibaca dan ada dalam simpanan (buku dan juga ebook).  Novel-novel ni antara novel yang dah tamat ceritanya (tak best klu msukkan novel yg still ongoing lg haha)..
Genre pilihan banyak ke arah fantasy, young adult dan jugak yang sewaktu dengannya. Kenapa buku seperti ini yang jadi pilihan saya?  Rasanya sebab saya tak suka jalan cerita yang berat sangat, lain daripada yang lain walaupun dalam kategori (genre) yang sama. Contohnya kalau cerita pasal vampire sekalipun, jalan ceritanya takkan sama dengan yang buku-buku lain (tak dinafikan mmg ada jg yg lbh kurang sma tp itulah gunanya sinopsis kn..baca dulu dan klu rs mcm sma jgn le beli..cr yg lain).

Selain buku-buku tu, kadang-kadang saya baca juga horror, mystery, etc.  Inilah antara koleksi-koleksi novel bersiri yang dimaksudkan.. Bukanlah tak baca bahan bacaan berbahasa Melayu tapi saya kurang suka novel berbahasa Melayu (dulu mmg pengumpul koleksi novel Melayu tp beralih arah la sket hehe).  Memang ada koleksi bahan bacaan berbahasa Melayu tapi saya lebih suka baca bahan motivasi dan islamik sahaja (lps ni bole le msukkan bhn2 bacaan camni plak..now mls nk cr gmbr2 cover nye hehehe).

Inilah antara sedikit daripada koleksi novel-novel (saya lebih suka sebut buku) yang ada pada saya..


Buku ni antara yang paling saya suka.  Sebelum banyak dan rajin membeli buku-buku lain, buku ini satu-satunya buku yang saya dah baca berulang kali hehe..Paling suka watak kembar Fred & George Weasley yang nakal dan lawak dalam ni.  Of course buku lebih seronok dari filem walaupun filem-filemnya tak juga mengecewakan.


Antara novel yang diadaptasi kepada filem. Kebanyakan yang diadaptasi saya lebih enjoy baca daripada buku.  Lebih puas rasanya.
 Lama dibeli dan paling lambat dibaca. Saiz buku dan tulisan kecil buatkan saya rasa lebih baik diketepikan dulu dan baca buku yang lain-lain hehe..

Antara koleksi buku paling lama dibeli kalau dibandingkan dengan koleksi yang ada sekarang (tak sedar bila masa entah beli ni) 

 Suka sangat dengan buku ni.  Sepanjang baca buku ni memang berangan nak ada sebuah rumah yang boleh buat library yang besar, tempat membaca yang ala-ala dalam garden gitu hehe..

Geng kaki novel (kak Julie Roshana) yang rekomenkan. Masa dia beli buku yang first tu, filem Twilight baru masuk panggung.  So, sebelum tengok wayang sempat dulu saya beli dan baca sampailah habis kesemua siri. 

Buku ni pun seronok juga baca walaupun berat dan terlalu besar (sebab beli yang trilogy set dalam sebuah buku haha) 

Tak tahu pula yang ini trilogy set sebab yang aku baca dari ebook banyak amat sirinya sampai bertabur-tabur.  Apapun best juga lah hehe.. 

Dari habis baca buku ni, sampai sekarang masih teringat-ingat sebab inilah yang rasanya best juga. (memang banyak buku yang sy rasa best dan aku suka haha).  Tapi sambungannya (Traitor Spy Trilogy) memang tak sebest buku ini..

 Dalam koleksi tak adalah buku dengan gambar cover macam ni.  Sama dengan buku Inkworld, His Dark Material, Chronicle of Narnia, buku ini aku beli yang tebal dan berat tu.

Release tension bila baca buku-buku dengan genre macam ni.  Tak berat sangat dan baca sekadar suka-suka.  Buku ni pun seronok. 

Bagi saya buku ni biasa-biasa saja.  Boleh lah kan. Agak berat kot hehe.. 

Dalam buku lebih seronok ceritanya.  Lepas baca, expectation tinggi lah kan dan paling best terbayang-bayang heronya handsome.  Agak mengecewakan bila tengok movie hero tak berapa nak handsome haha.. (spoil)

Walaupun dalam kategori buku yang sama dengan koleksi-koleksi yang lain, yang seronoknya jalan cerita antara kesemuanya memang berbeza dan meluas sikit.  Mungkin sebab tu tak membosankan. 

Setakat ni, inilah buku terakhir yang saya baca.  Cerita tak fokus pasal vampire walaupun makhluk ni memang termasuk dalam jalan ceritanya hehe..


Friday, August 19, 2011

11 Golongan Orang Yang Didoakan Malaikat

Sekadar perkongsian..diambil daripada buku Golongan Yang Didoakan Malaikat karya Walid Faruqi.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w terdapat 11 golongan umat Islam yang mendapat doa daripada para malaikat seperti berikut:
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Dari Ibnu Abbas, dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sucikanlah badan kalian, semoga Allah mensucikan kalian. Tidaklah seseorang hamba bermalam (tidur) dalam keadaan suci kecuali para malaikat akan bersamanya dalam pakaiannya. Tidaklah ia membalikkan badannya sesaat pun ketika tidur malamnya kecuali malaikan berkata ‘Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Sesungguhnya ia tidur dalam keadaan suci.” (HR At-Thabrani dengan sanad jayyid, al-Mu’jam al-Kabir). Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya. ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah, sayangilah ia.”

Orang yang berada di saf hadapan sewaktu solat berjemaah.


Nu’man bin Basyir RA berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf pertama, atau yang ada di barisan-barisan pertama.” (HR Ahmad. Dihasankan oleh Albani dalam Shahih at-Targhiib wat Tarhiib)

Dalam sebuah hadis lain Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk orang-orang di saf pertama.” (HR an-Nasa’i dan Ibnu Majah).

Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan dalam saf).


Daripada Aishah RA bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang yang menyambung saf. Dan sesiapa menutup kekosongan pada saf, maka Allah mengangkat darjatnya. (HR Ibnu Majah).

Orang yang mengucapkan 'amin' bertepatan dengan malaikat ketika imam selesai membaca al-Fatihah.


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika imam menyebut amin maka sebutlah amin, sesungguhnya barangsiapa yang sebutannya bertepatan (bersamaan) dengan amin para malaikat maka diampunkan dosanya apa yang telah berlalu.” (HR Bukhari no. 780, Muslim no. 410, dan at-Tirmizi no. 250 serta Abu Dawud no. 936).

Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Para malaikat itu berselawat ke atas salah seorang daripada kalian selama dia masih tetap di tempat duduknya yang menjadi tempat solat. Mereka mengucapkan, ‘Ya Allah, sayangilah dia. Ya Allah, berikanlah keampunan kepadanya. Ya Allah, ampunilah dia, selama dia tidak mengganggu dan tidak berhadas.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Silih berganti datang kepada kamu malaikat malam dan malaikat siang, mereka berkumpul pada waktu solat Fajar dan solat Asar. Kemudian naiklah malaikat yang telah bermalam padamu, lalu Tuhan bertanya kepada mereka: Bagaimana kamu meninggalkan hamba-hamba-Ku? Maka mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka sedang mengerjakan solat dan kami datangi mereka pun sedang mengerjakan solat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakannya.


Daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Setiap Muslim yang mendoakan saudara seagamanya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan oleh malaikat dengan berkata, ‘Engkau juga akan mendapat seumpamanya.” (HR Muslim).

Orang yang membelanjakan harta (infaq).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq.”

Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya sentiasa berdoa kepada orang yang bersahur.” (HR Ahmad).

Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bersahurlah kalian, kerana di dalam sahur terdapat barakah.” (HR al-Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasa’i dan Ibu Majah)

Orang yang menziarahi orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang mendatangi saudaranya (yang sedang sakit) untuk menjenguknya maka dia seperti berjalan di taman syurga sampai dia duduk. Jika ia telah duduk maka dia akan diliputi rahmat. Apabila seseorang menjenguknya pada pagi hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan berselawat kepadanya sampai petang hari. Apabila dia menjenguknya pada petang hari, maka tujuh puluh ribu malaikat akan berselawat kepadanya sampai pagi hari.” (HR Ibnu Majah)