Friday, September 20, 2013

Mahu Bermula Semula

Assalamualaikum...

Bertemu kembali dalam lembaran baru setelah sekian lama menyepi (yg sbnrnya mls nk ngadap laptop lg kt umah bila seharian kt opis dh ngetuk story)

Setelah sekian lama dipujuk Netty, akhirnya saya pun kembali semula mengadap blog ini.  Pertama sekali yang saya buat bukanlah update entri tapi buat layout dulu.  Tak seronok pula nak 'ketuk' entri kalau tak siapkan dulu layout yang cantik (cantik itu subjektif..pd mata sy, dgn kemahiran ala2 dlm berblogging ni kira dh ckup cntik la ni).

Celoteh kali ini sekadar sebagai intro sahaja (nk amik mood).  Dalam pada meneruskan celoteh ini, dalam kepala saya mula merancang macam-macam entri untuk dimasukkan.  Ini termasuklah kejadian semalam yang memang agak menakutkan.  Tapi, sabar-sabar dulu ya sebab saya belum lagi rasa nak ambil gambar.

Disebabkan kejadian semalam itu juga lah, hari saya semalam berakhir di rumah mak (maknanya tdo kt umah mak ni).  Masih belum ada mood nak turun ke bawah ambil gambar cermin kereta yang dipecahkan dek penyamun masa berhenti di lampu isyarat balik dari kerja semalam.  Tapi apapun, saya bersyukur tak diapa-apakan dalam kejadian tu.

Sementara tunggu adik saya return call untuk selesaikan pasal kereta (ntah bila agaknya ya dia nk call), jadi saya rasa lebih baik on laptop.  Mulanya, mahu saja streaming drama-drama Korea (mmg suka gila tgk kdrama nih) lebih-lebih lagi ada akses internet free di rumah mak ni.

Tup-tup, dah ke sini juga akhirnya.  Alang-alang menjenguk semula blog, lebih baiklah saya isikan sesuatu dulu dalam ini.  Bila membaca entri pertama saya dalam ini, memang saya sedar tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi bahan bermanfaat yang saya baca dari bahan-bahan bacaan motivasi/islamik dan yang seumpama dengannya.  

Tapi bila difikirkan semula, masa untuk saya membaca pun bukan setiap hari dan selalunya bergantung kepada mood (selalunya sy lbh suka bc buku/novel dr genre fantasy atau young adult hehe..)  Oleh itu, saya buat keputusan untuk tidak hadkan entri-entri saya di dalam ini.  InsyaAllah, saya tetap akan terus berkongsi entri bermanfaat untuk semua selain dari entri yang syok sendiri.

Sampai di sini dulu celoteh saya.  Sampai jumpa lagi di lain lembaran.  Salam sayang untuk semua.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment